Friday, February 24, 2012

“I loved the way a photo could capture a moment before it was gone.” -The Lovely Bones (2009)

because when it's gone
it's gone
aight?


Projek Disko Baldi in Love

ni memang la definitely a late late review.
tapi kalau ada next performance by Projek Disko Baldi i think u should go.
i first watched their performance kat urbanscape.
so bila farah ajak tengok this show, aku terus say yes aje.!

Projek Disko Baldi In Love @ PJ Art Centre.
Dapat tiket RM 35 and seat bebetul depan stage.
so ada certain scene, aku tengok sipi sipi.
hahahahhah * blushing*
rating performance: 18 SX 
tak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur atau orang yang sempit fikiran


and i really enjoyed the show. 
for what it's worth...
ketawa sampai lenguh pipi.
(show dia dekat 2 jam..dan aku ketawa tak berhenti henti)
full of sarcasm
parody yg memang tak boleh blah
rap highway dgn thunder lagu korea tu mmg buat aku sakit perut.
abang remi dgn TOG forever
park war pon tak boleh blah
aku suka semua scene!!!!

kalau ade next projek bebudak nih
memang kene gi tgk...

and bila tgk again..
mcm reunion MMU pon ada gak
ada tapai, rodek and megat..

dan buat aku respek lagi ialah mcmana la korang ada time utk be this creative when semua ada 8 to 5 full time job kan?

tabik kepadaaa....
Projek Disko Baldi!!!

dan ini adalah muka penonton yang berpuas hati =)



Thursday, February 23, 2012

Karoks Kapak Session

aku rasa idea bernas ni kepunyaan Farah.
so how it works?
memula kita kena kenal pasti ahli-ahli.
yelah kalau kau nak buat sesi karoks kapak...sekali yang dtg tu kaki k-pop ke j-pop ke..
kan ke payah tu....

jadi the chosen one ialah:
1. en. iyadz mewakili kawasan damansara
2. cik farah mewakili kawasan shah alam
3. en. dean mewakili kawasan subang
4. dan aku la...mewakili kawasan puchong heheheh

untuk menjayakan theme kali ini. semua peserta kene buat homework.
haaaa terer tak?
mana boleh main belasah je nak karoks.
setiap peserta kene senaraikan 8 lagu wajib dan 4 lagu bonus yg mereka nak nyanyikan.
aku pulak dilantik sebagai pengerusi SPR. SPR kejadah?
ah. kesimpulannye, keje aku ialah compilekan semua lagu dan susun arrangement. 
perghh dah boleh jadi music director.

oh. ini adalah gambar peserta yg isi minyak sebelum sesi bermula.
dahla buat time weekdays. mmg berusaha habeslah!


sesi bermula jam 9pm.
rulesnye simple aje.
1. org yg pilih lagu kene ada time lagu play
2. org lain boleh hijack semua lagu.


utk menggunakan time dgn efisyen, semua lagu dah di key-in sesiap supaya semua org boleh fokus utk nyanyi sahaja. 
dan list lagunye adalah:

  1. Aris ariwatan - lamunan terhenti
  2. alleycats - jika kau bercinta lagi
  3. axls - andai dapat ku undur masa
  4. bpr - dari sinar mata
  5. black dog bone - si gadis ayu
  6. carefree - rindu bayangan
  7. dinamik - antara gadis
  8. ekamatra - sentuhan kecundang
  9. exists - mengintai dari tirai kamar
  10. flybaits - kenangan lalu
  11. gersang - masih aku terasa
  12. iklim - suci dalam debu
  13. leon - salam sejahtera
  14. lefthanded - ku dihalaman rindu
  15. menara - sayang
  16. massa - patahnya sayap malam
  17. mayang sari - tiada lagi
  18. putra - cinta kain putih
  19. qiara - hanya padamu
  20. revolvers - namun ku punya hati
  21. rahim maarof - usang
  22. kamikaze -luhur
  23. spider - relaku pujuk
  24. slash - taman astakona
  25. spring - bourgainvilla
  26. spring - sampai hati
  27. sting - ingatku dalam doamu
  28. terra rossa- bunga angkasa
  29. kris - tiara
  30. visa - dalam gerimis
  31. mega - bayangan gurauan
  32. blackrose - penantian
  33. aishah - camar yang pulang
  34. damasutra - umpama mimpi dalam mimpi
  35. exists - kapal terbang kertas
  36. flybaits - kasih berubah
  37. lela - bidadari
  38. m. nasir - sentuhan listrikmu
  39. mega - takdir dan waktu
  40. nash - pada syurga diwajahmu
  41. rahmat - siapa dihatimu
  42. rahim maarof - istana menanti
  43. slam - gerimis mengundang
  44.  zabarjad - karam
 gile berusaha key in lagu nih.

dan ini adalah muka org yg surprise.
surprise bukan apa.
sbb tajuk lagu tak penah dgr tp bila dgr muzik or tengok lirik..automatik boleh nyanyi.
gile ke apa.



so 3 jam la kitaorg kat situ..nyanyi lagu rok kapak jek.
tak sedar nih esok hari keje.
suara semua dah takde.
gile apa korus semua high pitch.

kitaorg duduk dgn kaunter minum.
dia punye boss asyik ulang alik depan bilik kitaorg sambil sengih2.
mesti rasa pelik asal kitaorg nyanyi lagu lama lama aje.
hehehehhe.

tp ini adalah sesi karoks yang sangat memuaskan hati.
seronok dan time efficient.
definitely kene buat lagi!

yg penting.
keluar dr situ, check cuaca..
tak hujan.
alhamdulillah.

heheheheheh

Wednesday, February 22, 2012

Birthday Celebration No. 5

ok. nih celebration bday yang no 5 dengan 2 org chantek chantek nih.
thank you for the baskin robin's cake.
bestnye this year, kek ice cream baskin 2 kali.

mmg lazat ice cream cake nih.
makan tak pandang kiri kanan dah.
dah le free...extra sedap pulak mcm ada ganja.
hahahahhaha


thank you kekwn.
*group hugs*
(tak sangka ..ada gak lagi org yg sayang aku kat m*m* nih)


note: berat aku naik 4kg. abang besar kata...salahkan 5 kali bday celebration. 
heyyyy. mana boleh!!!!

Tuesday, February 21, 2012

for reason not know why. tonight. i miss you. =(

Review Buku: Kelabu = Grey

Nazri: i can assure u that i have a list on things i want to update. unfortunately, the right 'feels' has not kick-inn. soo....tunggu la ye...slow slow...

berbalik kepada tajuk.
KELABU.
ada apa dengan KELABU?

this is the latest hip in town lah.
(or so aku assume sendiri. hahahahha)


aku memang lah tamak haloba.
dengan aku ada 17 buah buku lagi yg aku belum habes baca.
tp tak boleh tahan dengan buku apatah lagi setelah disogokkan dengan promosi dr kekwn.

honestly, aku dah lama tak baca buku cerita melayu atau beli.
but this time around aku tak boleh tolak...sebab:

1. ni buku melayu indie...bukan mainstream. aku stop beli buku cerita melayu mainstream sbb dah bosan dan geli dimomokkan dgn cerita yang berangan lebih. huhuhhuhu

2. ini buku indie - jadi bahasa nye lebih dekat. dan seriously boleh relate ...

3. penulis adalah hasil di Kapasitor. oleh kerana aku sokong usaha kekawan aku di kapasitor. maka aku mmg akan sokong! what is kapasitor?? check out -->www.kapasitor.net

4. why kelabu??? sbb ucu dok promote kat aku tak sudah sudah dengan warning. ye siap kasi warning: bila kau baca...nnt jiwa kau kacau. well aku takdela baca sbb nak jiwa kacau tp sbb nak the taste of it. alhamdulillah setakat ni jiwa aku belum kacau lagi heheheh

5. why Fixi publisher? sbb kekwn aku dah beli byk dr siri nih ..kelabu. pecah. kaugar...name it. hey hey hey mana boleh aku ketinggalan. nnt time diorang melepak dan bukak topik..aku pulak ternganga.. heheh and anyway..it's books..mana rugi beli buku beb!


aku belum habes baca but so far i enjoyed it so much sbb cara penulisan dan cerita yang dekat dengan hati i.e. boleh relate sbb ianya realiti. walaupon certain things aku mcm boleh predict apa nak jadi...tp aku tetap teruskan...

so far ayat yg terkesan dlm hati aku:

J: so..yang rindu tu orang dekat ke..orang jauh?
A: orang dekat..
J: kalau dekat..nape nak rindu?
A: sebab bukan dia yang punya...


ahah!!!
cayalah penulis!!!!
aku suka ayat deep mcm nih 
ngeeee~~~

so kekwn..dptkan series Fixi anda di kedai buku berdekatan.
buku Kelabu ni agak popular sehingga mengundang kepada cetakan kedua.
adios!

Friday, February 17, 2012

Food Review: Victoria Station, Station Medan Damansara

outdated update. kejadian berlaku masa wiken CNY.
Susah betul nak kumpulkan family aku
series.
abah aku siap e-mel kat kitaorg adik beradik requesting for our free time.
nak buat mcmana..memasing ade aktiviti memasing.
aku nak gi water rafting.
akmal pulak nak panjat gunung,
afiq balik malaysia tapi ada keje.
but finally we managed.
yelah. bukan senang. and aku dah niat kalau berjaya kumpul nak buat family treat.
 and sebab abah teringin sangat nak makan kat steak kat victoria station...

so.....
kitaorg pon gi Victoria Station kat Medan Damansara.
(memula aku nak bawak gi Outback steak house kat bangsar village I tp dah tutup pulak. asal aku tatau dah tutup aaa?)



kitaorg gi during lunch hour and kitaorg adalah customer first.
masuk aje dah di great oleh 15 or so staff.
perghhh gempak. mcm kene surprise party pulak.

Victoria Station ni ala ala fine dining gakla.
servis mmg lebih sikit la..siap letakkan napkin kat peha.
alahai....
dan suasana pulak takle se sempoi TGIF atau Chillies dan lelain yg sewaktu dengannya.
kedai yg kene behave behave nih ..aku pulak yg tak chill. huhuhuhu

meh aa amek gambar family dulu kan.
bukan senang nak jumpe


ohhh korang sangat bernasib baik.
aku simpan lg resit. so bole kasi harga dgn tepat.
so boleh start bukak tabung aaaa.

mango juice
range harga fruit juice dia adalah dr RM 5.90 sehinggalah RM 9.90.
jangan tengok harga. nanti kau tak minum.
kau tutup je mata..pastu tengok jari tunjuk kat mana dlm menu.
hehhehhe

Victoria Steak
harga dia RM 44.90
steak order medium cook. steak ok...tp chicken mince source dia aku tak berapa berkenan.
makan kenyang. kompem. apatah lg ko kawinkan dia dgn mango juice.
burrpp....

Salmon Steak
aku pon dah tak berapa ingat. tp aku rasa ni rupa salmon aa kut.
heheheheh..
mak aku nak makan ikan (tipu...kitaorg saje kene kan dia. org lain semua tak nak order ikan...tp nak rasa sikit. heheheh)
harga dia RM34.90.
mahalnye ....tp bak kata afiq utk menyedapkan hati.
"ehhh sedap ikan nih. rasa mcm ayam"
wtf??? hahahahha

honey mustard lamb
akmal order lamb.
nice....kami semua mmg pencinta lamb.
aku rasa sedap gak ah.
sesedap harganya yang berharga RM 39.90
yummmmmmm

prosperity steak
abah pulak order steak.
masak secara medium.
ok gak la tp still aku rasa source dia a bit menggangu
RM 47.90

Spare rib
menurut pelayan tersebut, ini adalah specialty makanan di sini.
dijamin puas hati.
boleh la..sedap jugak.
tp aku masih prefer rib kat tony romas
RM72.90

ehh bila aku scroll atas balik..rupa steak nih sama aje kan.
heheheh.
maaf la kualiti gambar kurang menarik.
kalau lagi clear...mungkin dpt buat korang meleleh air liur lagi.
kan...kan..kan...

overall rating aku: sekali sekala bole la makan kat sini kalau ade special occasion.
reason: sebab mahal oiiiiiii
pastuh ambience dia pon aku rasa a bit stress (maklumla..aku mana reti fine dining nih.. walaupon takde la fine sgt ..:P)

so..
abah puas hati dpt makan kat victoria station.
yg lelain semua happy sebab dibelanja.
aku pon happy aje swipe credit card bayar bill..
yeay!!!!

seterusnya kitaorg gi umah ayahcu dan mak ngah.

ni la gambar terkini family aku dgn maktok.

tetiba aku rasa adik aku dah besar.
dah pandai kasi duit kopi kat akak dia.
ok afiq, balik korea tu keje elok elok!

ok. until next post.
bila tah rajin nak update nih.??

Thursday, February 2, 2012

Baskin Robin Birthday

aku saje nak upload lagi pasal birthday celebration aku
untuk menunjukkan yang aku appreciate kat semua kekawan aku punye effort utk celebrate.
hehehehhehe

the day before rafting i.e. malam
pulang dr ber ronggeng di PD 
seperti yang dirancang aku kene bermalaman di rumah farah supaya esoknye senang nak ke Perak
aku sampai rumah farah dah dekat kol 10pm kut.
penat gile dan lapar gile
tp sbb farah dah gula2 kan aku dgn masakan mak die...makaa...laju le aku ke rumah dia
sampai kat sana..zack, dean dan iyadz tengah lepak kat dapur 
so acara biasanya adalah bergosip (ye..kami bergosip dgn kwn lelaki kami) ..sambil melantak.
dr dapur pindah ke hall...
aku dah sumpah melepek sbb dah penat + mengantok+ dan rasa nak mandi sesangat
tapi mamat2 nih semua tak nak balik lagi :(
tengah landing2 atas sofa...sekali
tada...fariez sampai...what the....????!!!
and along with him was....

baskin robin ice cream cake.
my favorite!!!

ok....this was..again..a surprise birthday celebration.
oh terharuuuuuu nyerrrrr~~~

ok wajib sudah amek gambar dgn kek disertai dgn pelbagai pose gediks
hehehe

pose gedik.

pose skema

kene make wish pulak

lepas tu kene fuhhhhhh
mcm baru je celebrate birthday aku last year dgn diorang nih semua
mereka memang kesayangan lahhhh
*kesat air mata*

di apit abang abang. hehehe

and with the chicks

nak tengok gambar last year???
sebijik je

ini kesayangan saya =)

dan hadiah yang saya dpt

uuuuuuu~~~~~

thanks Farah! *hugs*

lagi hadiah aku dpt is tiket semi final Badminton Malaysia Open.
ahhh tu nanti lah citer.


so ini adalah celebration no 2.

celebration no 1 and no 4 blom citer lagi.
huhuhuuh

saya sayang kekawan saya
*hugsss*

Wednesday, January 25, 2012

22 January 2012 - White Water Rafting

birthday tahun nih yang paling best kut.
4 kek and kene celebrate few times.
weeehuuuuu~~~

ah! aku sayang semua kekawan aku.
mari kita cerita dulu kejadian celebration birthday aku on the day itself.
celebration lain aku tulis dlm entry lain.

plan nak join ni pon last minute jek.
tp sebab dah lama gila tak buat outdoors mcm nih so malas nak fikir banyak..aku ON jek.
supposedly bertolak jam 7.30am dr rumah farah tp thanks to firdy yang sesat barat..last last kitaorg gerak dr shah alam jam 9.30am. 
lagi 2 kereta pepagi lagi dah bertolak ke Gopeng.
yes....destinasi rakit air putih kami adalah di Sungai Kampar, Perak.
perjalanan mengambil masa 2 jam. kereta banyak tapi tak jam.
phewww nasib baik.

perjalanan nak masuk je aku dah teruja....
it's all greenery....rumah kampung...
man aku suke...
back to nature...

* all picture: credit to Viki



bila sampai kat end point (park kereta kat end point)
semua dah start teruja dan mula tunjuk perangai gedik memasing.
lagipon dah tengahari..perut pon dah lapar.
tapi project manager a.k.a. Viki kata tak boleh makan lagi...

ye...inilah culpritnyer...
camne tah sesat sampai tol sg besi...
menyebabkan aktiviti terpaksa delay beberapa jam...

dan introducing our crazy guide....Wan.
and he was in our boat...suka hati je dia humban kitaorg dlm air..
mmg nak kene debik dia nih

sebelum kita ke starting point..meh amek gambar group dulu...
adventure trip with the Kapak. first activity in 2012 and many more to come (i hope)

so lepas tuh kene naik van pergi ke starting point..
weee~~ naik van pon dah best.
mcm roller coaster babeh
dan view sangat cantik toksah citer laaa..
mak suke nyah



lepas registration...
kitaorg dengar safety briefing
oh ye sebelum lupa...
kitaorg kene bayar RM 155 sekepala campo dengan lunch provided.
murah aje!

hohohoho start neves bila dia citer pasal capsize..
last aku capsize ialah masa berkayak dulu.

hohohohoo kitaorg dibahagikan kepada 3 group.
means 3 boat la...
sebelum tu...kene buli dulu dgn guide
malang nasib
oh nih la team aku..
team AWESOME!!!!!

viki - haikal- shel-aku -dan guide yg gile!

memang enjoy gile.
tak boleh nak describe dengan perkataan perasaan itu.

back to nature...nature

series tak leh describe perasaan tuh.
enjoy gambar aje la

lepas telan air

ohhhh-someee!!!
lepas tuh kitaorg stop kat satu area utk rileks2...
time tgh kumpul2 tuh...

tetiba semua instructor dtg kat aku including viki dan pegang life jacket aku.
cuak aku tetiba...
and guess what...
diorang angkat aku..and lambung lambung sambil yang lelain nyanyi lagu happy birthday...
cantik je habes....aku kene humban dalam air yang dalam tuh..
bengong la bebudak nih...
habes basah..tenggelam...
niceeeeeee!!!!

dan lagi surprise..tetiba ada kek.
and diorang nyanyi lagi sekali.
tergamam gua....
asal suwit sangat diorang nihhhhh
(like seriesly...thanks Viki for all the effort of getting my favorite cake..bring it all the way in the wood...cant really say how much it meant to me =) )


selepas kene humban dalam air. group photo

the cake. thanks uollsss

with besties - farah dear

and viki. thanks viki!!!! *virtual hug*
so lepas tuh aktiviti bebas...
amek gambar...
acara terjun air..
heheheh name it.
mmg heaven kat dalam tuh

farah and zack

viki and rafting babes

acara terjun tiruk
lepas dah berhuha huha...
kitaorg teruskan perjalanan ke end point...
dah sampai ader body rafting plak...

tengah dok aaaaa~~~ woooo~~
tetiba *gulp*Gulp*Gulp*
telan air...
hahahahah tenggelam

body rafting
pastuh semua tak nak naik darat.
main humban orang dalam air pulak...
addoiyaiii

kalau fikir puas..
memang tak puas puas
rasa tak nak balik
uwaaaaaaa

tapi whatever starts kene ada end kan...
so kene la naik...
makan lunchh


dan dapat sijil



thank you guys for a great experience.
and really appreciate the ohh-someee -poh-some never done before birthday celebration
weee~~~
ingat sampai mati....

bye bye sungai kampar.
*sob*sob*sob*



sampai shah alam kol 7pm
terus kiokkkkk..
sedar sedar dah kol 8 lebey.
farah dgn iyadz ajak makan kat Chillies...

and there goes my birth day....



thank you guys.
*hugs*