Friday, December 2, 2011

KELUARGA BAHAGIA TUNGGAK KECEMERLANGAN

gila skema title post aku. wekkkkk :P
aku cilok nota program fazilah kamsah masa dtg ofis aku. aku tak pergi tapi.
tapi bila baca note....elokla di share share kan.tp aku malas nak edit. hahahah. lantak korang 
  MENGETUK PINTU MINDA
v  - Cinta perlu di pupuk.
v  - Biasa itu selesa.
v  - Orang yang tidak berubah, ibarat sudah mati sebelum mati!.
v  - Ramai orang enggan berubah walaupun mereka sengsara!.
v  - “Manusia akan bertindak, bila hati mereka tersentuh”.
v  - Masalah yang anda hadapi sekarang berpunca daripada :
·         hati tak bersih.
·         fikiran negatif.
·         amalan tak betul.
·         masalah metafizikal.
·         ujian Allah.
v  - Setiap masalah atau cabaran yang kita hadapi adalah didikan Allah untuk menjadikan kita orang yang lebih hebat!
v“Segala kebaikan yang kamu perolehi adalah daripada sisi Allah, dan segala keburukan yang menimpamu, itu dari kesalahan diri mu sendiri”.     
                                                                                                                  An Nisa’: 79
v  - Setiap orang perlu belajar untuk tidak mencari kesalahan orang lain.
v  - Menyalahkan orang lain tidak dapat menyelesaikan masalah!.
v  - Kita boleh memohon apa yang kita mahu, tetapi Allah akan perkenan apa yang perlu dan baik untuk kita sahaja!.
v  - “Sedari hakikat bahawa setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri dan kita yang perlu menyelesaikannya."
v  - Jika kita berubah dalaman & luaran, Tuhan akan ubah semua makhluk di sekitar kita.
v  - Tabiat baru terbentuk dalam 40 hari!.
v  - "Sesungguhnya tuhan sangat mengasihi seseorang yang apabila melakukan pekerjaannya, dia melakukannya dengan cara yang paling baik."                             
                                                                                                                      Riwayat: Thabrani 

 
PUNCA KONFLIK DENGAN PASANGAN
v  - Tidak dapat restu ibubapa!.
v   - Ingkar suruhan Allah dan pasangan.
v  - Jika anda menghadapi masalah hubungan dengan manusia, cuba nilai semula hubungan anda dengan Allah s.w.t.
v  - Sifat semulajadi yang berbeza. Jenis A, B, atau E.
vSuami isteri yang bahagia mempunyai lebih daripada 12 persamaan.
v  - Masalah komunikasi
v  - Masalah seksual
v  - "Perempuan ibarat bulan,lelaki ibarat matahari."
v  - Campur  tangan keluarga.
v  - Gangguan orang ketiga.
v  - Tekanan /stress dan masalah kesihatan.
v  - Masalah anak.
v  - Masalah kewangan.
v  - Enggan berubah atau mendewasa.
v  - Tidak peka perbezaan antara lelaki dan perempuan.
v  - Kurang penghargaan dan belaian.
v  - Tidak seimbang antara rumahtangga dan kerjaya.
v  - Dendam.
   - - Hilang rasa hormat dalam keluarga.
v  - Sibuk menuntut hak tetapi enggan memberi hak.
v  - Masalah berkaitan dengan sihir.
v  - Derhaka, Syiqoq (tidak satu hati )Dharar (penderaan/menyakiti).

PETANDA CINTA YANG SIRNA
v  - KEDUA DUA PASANGAN INGKAR PERINTAH ALLAH SWT.
v   - Hilang kepercayaan kepada pasangan.
v  - Kurang atau tidak lagi menghargai pasangan.
v  - Kurang ambil berat tentang pasangan.
v  - Kurang menghormati pasangan.
v  - Komunikasi yang terhalang atau tak berhikmah.
v  - Mengutuk pasangan depan orang lain.
v  - Enggan kongsi kegembiraan dan kedukaan.
v  - Mula nampak banyak kelemahan dan kekurangan pasangan.
v  - Banyak bibit bibit kurang persefahaman.
v  - Yakin boleh hidup sendirian atau lebih baik bersendirian.
v  - Mula rasa kesal hidup bersama pasangan.
v  - Sukar untuk mendoakan pasangan.
v  - Sukar untuk memaafkan pasangan.
v  - Enggan berkorban atau tolak ansur. Mula berkira dan mengungkit.
v  - MULA MERANCANG NAK CARI YANG LAIN (ATAU MEMANG DAH ADA CALON BARU!).



PETANDA SERASI DENGAN PASANGAN
v  - Jauh rasa rindu, dekat rasa sayang.
v  -  Sejuk mata bila melihat pasangan.        
v  -  Mudah faham tanpa di ucap (tafahum).
v  - Mengimbangi peribadi pasangan.
v  - Saling lengkap melengkapkan.
v  - Ada sekurang kurangnya 12 persamaan.         
v  - Tasamuh – berlapang dada.
v  - Taradhi – redha meredhai.
v  - Ta’awun – tolong menolong.       
v  - Taqwa dan taat.
v  - Mudah didik mendidik.
v  - Cemburu bertempat.
v  - Mendorong– jadi tukang sorak yang setia.
v  - Tampan vs cute.
v  - Kedua dua-duanya tawaduk.
v  - Mudah bergurau.
v  - Mudah memaafkan.
v  - Banyak amalan romantic.
v  - Jadi cermin.
v  - Rawat merawat.
v  - Membelai selalu.
v  - Kom berhikmah.
v  - Menjadi kebanggaan pasangan.
v  - Sentiasa cari ilmu.
v  - Mudah nampak kebaikan pasangan.
v  - Sentiasa menyokong pendapat pasangan.
v  - Doa mendoakan.
v  - Sentiasa Tawakkal.


PETUA SEMARAKKAN CINTA
v  - Bersyukur yang anda ada pasangan.
v  - Cinta yang murni berteraskan iman dan taqwa.
v  - Terima dan sayangi pasangan seadanya tanpa sebarang syarat .
v   - Kekalkan sifat-sifat asal yang menyebabkan pasangan tertawan terhadap kita. 
v  - Jadikan pasangan kita sebagai kawan yang paling akrab.
v   - Memuji dan menghargai pasangan sekerap yang mungkin.
v  - Sentuhan dan belaian sayang adalah kaedah           asas semarakkan cinta (ada magis dalam sentuhan!).
v  - Membentuk amalan-amalan romantik (romantic rituals).
v  - Rawat hati dan emosi dengan doa, kemaafan dan redha. Kebanyakan konflik dalam rumah tangga tercetus akibat luka lama yang masih belum pulih sepenuhnya.
v  - Kenangan manis sebagai “anchor” atau pencetus memori indah untuk membugarkan cinta
v  - Pamerkan kasih sayang melalui perkataan, perbuatan, khidmat, kepekaan dan hadiah.
v  - Ambil berat tentang pasangan dengan            menggunakan berbagai-bagai cara.
v  - Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan dan sentiasa bermaaf-maafan.
v  - Belajar untuk pandai berbual dan pandai mendengar. Layan isteri macam isteri orang!.
v  -  Hubungan seks yang sihat (ramai pasangan yang jemu dengan hubungan seks).
v  - Ambil “emotional sabbatical” – sayang Isteri tinggal tinggalkan!
v  - Berubah secara positif dan membangunkan diri secara berterusan agar pasangan tiada sebab untuk berasa bosan.
v  - Dekati bila terasa jauh.
v  - Hormati sempadan peribadi pasangan
v  - Minta untuk disayangi (please hug me).
v  - Jadikan konflik sebagai wahana untuk kemesraan dan persefahaman
v  - Berjalan bersama.
v - Apabila isteri mempamerkan kepuasanatau kebahagiaan, suami terasa dihargai dan merasa berjaya.
v  - Beri tumpuan kepada yang baik atau menarik.
v  - Ada perkara yang tidak perlu di ucap.
v  - Menyatakan kebenaran secara hikmah.
v  - Dating  sekali  sekala.
v  - keluar dengan teman-temannya.
v  - Tugas yang berat biarlah suami yang lakukan (angkat mesin basuh, dokong isteri, basuh bilik air dan sebagainya).
v  - Melakukan kerja bersama (cuci pinggan, kemas bilik tidur, susun gambar dalam album dan sebagainya).
v  -  Makan di luar sesekali.
v  - Kenalpasti dan elakkan daripada melakukan sebarang perkara yang menjadi kebencian pasangan.
v  - Anak atau cucu sebagai pengukuh cinta.
v  - Mencari hikmah dalam setiap perkara yang berlaku.
v  - Patuh suruhan Allah s.w.t. dan sentiasa berdoa agar Allah s.w.t. mengisi hati kita dengan kasih sayang yang berkekalan.




.

0 comments: