hujung hujung tahun ni memang malas nak buat keje
buat keje malas, pergi ofis pon malas.
tapi hari ni mmg rasa aman gilah!
memang best kalau org yg kita tak nak takde.
terasa perasaan nak tuka keje tu...kendur sikit.
beh!
anyway, berbalik kepada movie review.
tetiba lately ni byk tgk movie melayu pulak.
and one good movie i really wish to see - 50/50 dah tak tayang.
kene cari softcopy utk disedut pula.
terus ke review:
* all pictures available on the net. credit to google image.
1. Puss in Boots.
mana boleh tahan diri dari tengok si comel ini.
kalau dah dia start buat mata mcm nih...caer la hati gua kan.
movie santai begini mmg seronok utk ditonton.
tak kesah la sesorang ke dgn kekwn ke.
memang enjoy.
kelaka dan enjoy je.
lepas keluar wayang , otak pon ringan aje.
rekomendasi : sila tonton!
oh dah kene pelok dah dgn si playboy nih
2. Misteri Jalan Lama
ini movie yg aku takde plan nak tgk.
aku gi kaunter gsc tuh..tgk jam kol 6 ptg.
terus tanya - movie apa available kol 6pm?
hahahah selambeh.
memula aku cuak gak nak tgk cite antu sesorang nih.
takut tengok balik beg aje.
tapiiii
aku tak takut langsung kut.
mcm apakah afdlin...citer nih buat aku ketawa aje.
cerita dia ala ala fantasi/misteri mcm tuh.
tp skrip innocent dia dan scene dan costume dia mmg buat aku ketawa.
bukan aku je...kira satu panggung gak ketawa.
pelakon dia semua gempak2...
siap ade marion counter, vanidah imran, sari yanti...
(eh. asal aku sebut aweks jek nih. hahahah)
rekomendasi: tak tengok pon tak rugi. afdlin...cuba lagi!
3. Ombak rindu
yaaaa awww awww.
inilah cerita paling hangat ujung tahun nih sbb ade aaron aziz kut.
pastuh satu panggung nangis nangis dan ini termasuklah tangisan macho dr lelaki lelaki.
hahahhahah series nih. aku tak tipu.
aku ..aku...
hummm apa nak komen ek.
aku rasa kalau korang nak baca komen...boleh la gugel blog org lain kut.
aku cuma nak kata..adaptasi buku ke movie memang selalunye failed!
so aku rasa..sayangnye cerita yang best, jadi begitu aje dlm movie.
so takde la nak taching taching mcm time aku baca buku cerita dia.
just enjoy tengok abang aaron aje.
rekomendasi: sila tengok aaron aziz! hahahahha
utk dpt feel sebenar. silalah baca buku asalnya.
dan sebenarnya buku dia ada sambungan..tak ingat pulak aku tajuk dia...
4. Songlap
ini movie berat.
cerita tentang realiti hidup. tentang sosio-ekonomi manusia. cerita tentang masalah sosial.
cerita tentang sisi lain hidup manusia.
konfem citer bukan mcm citer mainstream sangat.
lebih kepada mcm art movie.
pelakon dia pon semuanya bukan calang-calang.
dr pelakon utama kepadalah pelakon pembantu.
dialog ada yg kelakar. ending...typical citer indie.
rekomendasi: kalau boleh terima indie film. boleh la pergi tgk.
5. Magika
ohohohohohoohoh
aku mmg tertinggal bas, keretapi, flight lah utk cerita nih.
tp seriesly..this is a must watch.
memang best.dan utk filem melayu mmg upgraded lah.
tahniah edry!







1 comments:
hohoho aku suke review muvi kat entry nih! sangat membantu.. hihi
Post a Comment